Monday, February 27, 2012

Curva (Lengkungan)

Assalamualaikum dan salam 1 bana kepada semua.

“dulu kita sokong...menang. lepas tu dicop penyokong time menang. skrg bila bagi semangat pada yang kalah..dikata gila jugak, sbb kalah pun nak sokong. dah tu nak wat mcmn?” - Pak Long Aus.

Entah macam mana Daud nak mulakan sembang santai bersama pembaca setia ‘Segmen Alteras bersama Daud Ghani’ (pergh dah macam gaya-gaya dengan Izin si Rizal Hashim tu dak?). Daud malas nak ulas sangat pasal tektikal kejadah pemain bangang melepaskan peluang, pemain bangang bertahan serupa telur goyang kiri kanan. Apa yang pasti, faktanya ialah kita memang masih kerdil, dan bangang dalam main bola.

Ni Daud nak gambil kata-kata selebriti Ultras Malaya, saudara Din Ash “Kita memang level yang lain. Fakta yang pahit untuk ditelan. Kita bukan tak boleh lawan. Tapi development player tu macam mana dari diorang kecil. Makanan. Berterusan macam mana? Kita dah sedaya upaya salur semangat, salur tenaga. Dan apa kita nampak mereka bermati-matian di atas padang walaupun mati-matian mereka secara bangang. Tapi mati-matian dan semangat sahaja belum cukup nak bawa Malaysia ke Piala Dunia. Mungkin semangat kita sama, tapi development player macam mana? Fitness, teknik dan skill?”

Memang macam sabun mandi dan minyak masak kalau Daud nak sembang pasal taktikal. Memang takde kena mengena, sebab Daud tak pernah amik kursus kejurulatihan mahupun menjadi coach untuk pasukan Kampung Permatang Nyiur dekat Kota Kuala Muda. Apa yang Daud nak focus untuk artikel kalini ialah ‘Post Morterm Kita Sebagai Sebuah Firma Ultra Di Dalam Curva’. Amacam? Langsi dak focus artikel kalini?

Sebelum Daud nak mula dengan lebih panjang, Daud nak tanya, sedar atau tak Ultras Nippon turut ada di dalam stadium tempoh hari? Apa yang korang semua rasa di curva? Dasyat mana? Agak-agak Ultras Nippon respect tak kewujudan Ultras Malaya tempoh hari di curva? Ternyata mereka lebih senior dari kita dan Ultras Malaya banyak juga belajar dari mereka. Tapi mereka juga belajar bola dari kita dan mereka sudah power. Di bahagian penyokong, agak-agak macam mana?



Kita jejak kaki ke dalam curva sebelum game bermula. Pemilihan curva oleh pemula Ultras Malaya ni sudah bertukar-tukar sejak 2007 dahulu. Daud mula join Ultras Malaya akhir tahun 2008 semasa Kejohanan Pestabola Merdeka. Masa tu, curva Ultras Malaya dan HarimauMalaya.com ialah di tengah-tengah berhadapan grandstand. Bersama dengan abang-abang otai geng gendang Selangor semasa tu. Beberapa ekor kera kelihatan tejoget-joget di situ. Memang jelas ke-kera-an mereka apabila stadium kosong dan suara dengar jelas dari tempat mereka menjadi kera.

Akhirnya beberapa kali curva di tukar sehingga lah tahun 2010, 2Q dipilih. Namun, perlawanan persahabatan bertemu Korea Selatan, Ultras Malaya memilih gate 2K sebagai curva apabila gate 2Q dikatakan untuk away fans. Dan semasa separuh akhir dan akhir Piala AFF Suzuki 2010, Ultras Malaya masih memilih 2K kerana 2Q semasa itu masih lagi dikatakan untuk away fans.

Selepas kebangangan FA asyik nak beri curva Ultras Malaya kepada away fans (tempat berhadapan grand stand sepatutnya dimiliki oleh home 100% bagi Daud. Sebab itu ialah tempat yang paling murah tiketnya. Dan rakyat tak mampu nak jadi macam away fans sanggup travel jauh dan mampu untuk beli tiket grandstand. Kalau meraka nak datang mereka patut duduk di sebelah sana!). Akhirnya Ultras Malaya kembali menjajah curva 2Q yang dirindui. Selepas beberapa kali duduk bersidang bersama dengan secawan teh o ais dan roti canai sekeping dua, akhirnya Ultras Malaya sepakat untuk turun dari 2Q ke gate 1Q dengan alasan yang sangat munasabah;

“Kami mahu pemain dengar suara kami dan merasai semangat kami sehingga juga meresap ke dalam mereka”.


Itu lah sedikit sebanyak sejarah idea bagaimana 1Q dipilih sebagai curva. Curva ialah satu kebanggaan Ultras Sedunia. Ia bagaikan rumah bagi mereka. Bagi pemain pula, ia seperti plug untuk mereka cas semangat mereka. Bagi siapa yang tak tahu natang apa curva tu, meh Daud bagi ayat kopipes internet, “The majority of stands referred to as a "curva" are located behind the goals in their respective stadiums and contain the most vocal supporters within them, often known as Ultras.”

Jadi apa yang Daud nak kongsi pasal game kelayakan Malaysia Jepun tempoh hari? Kejayaan mengasingkan perempuan dari port utama curva (sebaris, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan di hadapan capo) bagi Daud ialah satu kejayaan yang amat memberangsangkan. Memang pada awalnya Daud agak pelik kenapa ada saudara kita menyuarakan pandangan di page UM’07 mengenai perempuan dan curva. Akhirnya tempoh hari, Daud faham juga. Kaum lelaki tidak malu-malu untuk lebih vokal. Kaum lelaki tidak lagi nak cover handsome untuk menjadi gila. Kaum lelaki tidak lagi nak jaga makwe bini dia takut terkena peluh lelaki lain dan yang paling pasti Daud nampak mereka tak payah nak ngada-ngada jaga tubuh badan makwe bini diorang dari disentuh secara sengaja dan tidak sengaja oleh lelaki lain.


Mengasingkan bukan bermakna Ultras Malaya tidak menerima. Cuma itulah. Apa yang kita lihat. Mungkin populasi dalam curva akan berkurangan. Tapi, harus diingat, hasilnya kualitinya macam mana? Tapi sebenarnya Daud agak kecewalah. Sebab dalam curva tempoh hari masih wujud sorang dua tiga empat perempuan. Sangat minoriti. Yang ada dekat-dekat Daud pun ada. Yang konon-konon nak snap gambaq pun ada. Padahal kalau kau nak snap gambar, kau berjalan lah sana sini. Ni kau duduk berkepit dengan balak kau apahal? Konon pusing 360 darjah dari seat kau berdiri, kau boleh dapat semua sudut menarik dalam curva? Paling Daud nak marah sekali bila kau dah duduk dalam curva, tapi kau duduk betul. Siap peluk romen bagai. Apa kau ingat curva 1Q ni macam rumah tumpangan brickfields ka apa? Bayar rm40 untuk dua orang dan boleh beromen selama 90 minit?

Apa Daud cadangkan, kepada lelaki yang tak power tenaga batin tu yang asyik nak duduk-duduk tidak ikut menyanyi dan menyemak sahaja tetapi mengaku lepas tu mengaku ultras, row 1, 2, 3, 4, dan 5 dari 1Q atas ke bawah adalah untuk anda. Itu adalah row untuk lemah tenaga batin. Ohh 2Q pula Daud cadangkan untuk para aweks dan binis para komrad yang gila. Ini bukan apa, adalah untuk keselamatan kaum hawa dari dipeluk dan diraba oleh kera-kera gatal di curva yang bijak mengambil kesempatan. Lagi satu, kami tidak mahulah apabila chorea berpelukan sesama komrad tetiba terputus di tengah-tengah akibat si kaum hawa tidak mahu berpelukan dan bergandingan bahu sesama kami kaum Adam. Tak ke nampak cacat curva 1Q?? Kalau asyik nak jaga mahram kamu orang, baik kaum hawa pindah ke belakang 1Q bukan? Lagi adalah tidak elok berpelukan sesama bukan muhrim, nanti curva UM di cop tempat maksiat termasyur di Bukit Jalil. Kalau nak juga duduk di curva 1Q? datanglah, tapi kena join bila orang nak buat rantaian manusia berpelukan jangan bagi alasan pula itu tak boleh ini tak boleh. Tapi paling afdal ialah, kaum Hawa buat row sendiri di 1Q juga tetapi di barisan belakang sekali iaitu di belakang kaum Adam maka terjamin lah keselamatan kamu bukan? still juga di dalam curva 1Q.

Menggila. Bila masuk word menggila, Daud sangat suka tengok komrad-komrad yang gila dalam curva. Seperti dirasuk. Dalam hati berkata-kata “Kau ambillah semangatku wahai Harimau Malaya. Kau juanglah sehingga ke akhir titisnya! Semangatku, tenagaku, untukmu!”

Benda seterusnya Daud nak kongsi ialah kewujudan abang-abang capo di hadapan. Apa fungsi mereka agaknya? Mereka bukan pengerusi. Mereka bukan presiden. Mereka ialah saudara-saudara kita yang menjadi kepala kepada setiap aktiviti di dalam curva. Maknanya, di dalam curva, mereka lah ketua. Sangat kecil hati Daud tengok apabila ada segelintir komrad yang gagal ikut apa yang disuarakan abang-abang capo kita.



Ada orang suarakan, apa bangang sangat ulang lagu banyak kali? Lagu sama? Ini brader Daud Ghani nak habaq mai. Apa yang Daud nampak, capo seperti hilang punca dihadapan. Kenapa? Sebab bila capo mula bawa lagu-lagu lain, tahap adrenalin gila komrad di curva menurun. Dan vokal turun jatuh. Jadi solusinya, Daud rasa, sebab itu capo membawa lagu sama berulang kali. Kerana itu sahaja cara untuk curva kita nampak vokal.

Isu berkelompok ni Daud malas nak ulas panjang. Kelompok ini menyebabkan kita boleh Nampak kelompok mana yang gila dan kelompok mana yang lemau. Akhirnya Daud Nampak curva kita macam tompok-tompok. Sikit gila. Sikit lemau. Akhirnya buat capo jadi hilang punca nak bagi anak buah dia gila balik. Akibat dari kelompok ni? Capo sendiri muncul di kelompok mereka. Yang lagi parah, ada komrad yang lebih nak tengok game di padang dari mereka layan ‘game’ mereka di curva!

Paling Daud tak gemar sebenarnya ialah semasa game tengah jalan, semasa orang lain sebuk beraksi, kau sibuk nak ambil gambar lah. Posing tutup mulut lah. Bagi Daud, biar orang datang dekat kita ambil gambar. Tak payah nak gedik sangat ambil gambar dekat curva. Biar orang lain ambil kita. Kita focus untuk lebih gagah! Tak mustahil gambar ada lekat dalam beribu gambar orang ambil nanti. Biar orang amik gambar kita kerana kita gah. Bukan kerana kita berada di situ.

Daud juga sangat berkecil hati bila nampak jersi pasukan mat saleh di curva! Nak lagi spesifik jersi Arsenal. Warna biru. Muka brader tu ala-ala jambu. Ni Daud nak merayu, tolong lah. Masuk 1Q jangan bawa elemen luar yang melambangkan bola sepak luar. Kami takdelah macam penggila EPL di mamak-mamak yang datang stadium nasional Negara Daud, pakai jersi Negara luar, siap orang lain yang pakai jersi lain suruh bukak lagi? What de hel? Kami butakan mata bukan kami bagi can dekat kau sebab kau jambu. Tolong lah lain kali hormat CURVA kami. Nak pakai, sila duduk di seberang sana, atau di seberang sana (sambil tunjuk).


Ah sudah lah. Malas Daud nak ulas lagi. Banyak lagi sebenarnya salah silap. Tapi ini lah paling ketara. Daud nak cabar korang, game lepas ni, tak kira lah di negeri ke di Negara, tunjukkan yang korang tak jadi bangang dalam curva masing-masing. Sekian segmen sembang santai Alteras bersama Daud Ghani.

Akhir kata, “Kalau kau rasa kau seorang Ultras, kau patut tahu apa yang kau patut buat. Atau kau nak selamanya di gelakkan dan di gelar Ultras Bana?”
- DAUD GHANI -